SEGEBU APAM
Untuk sarapan pagi hari ini, saya teringat akan resipi
yang baru saya salin dari MyResipi lantas mengira-ngira
bahan di dapur dan yeay yeay, cukup rupanya.
Lalu terhasillah Apam Gula Hangus
yang penghasilannya cukup amat mudah teramat sangat,
dengan hasil yang memberi kegembiraan pada perut dan hati.

Bahan-bahannya:
2 biji telur
1 cawan gula pasir
1 cawan air
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin
2-3 sudu susu pekat
1 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 cawan tepung gandum
Cara-caranya:
1. Hanguskan gula kemudian dicampurkan dengan air. Kemudian sejukkan.
2. Kisarkan telur, susu, minyak dan marjerin - anggaran 3 minit.
3. Masukkan gula yang telah disejukkan tadi
bersama-sama soda bikarbonat dan kisarkan lagi.
4. Akhir sekali masukkan tepung dan kisar lagi sehingga sebati.
5. Kukus selama 45 minit.
NOTA: Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit
tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah di bahagian bawah.
9:07 AM
|
Labels:
Malay Dessert
|
You can leave a response
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment