STEAMY YET FISHY.. HMMM?


Saya mahu berkongsi resipi Ikan Steam a la Thai
yang Suami saya gelarkan Wifey Thai Fish. Ngeee.

Seperti biasa, resipinya terlalu mudah dan hasilnya sungguh enak.
Serta sihat kerana hanya dikukus!
If you like the tangy freshness of Thai foods,
this is a recipe you MUST try :D




Di sini saya gunakan ikan Siakap Laut.
Resipi ini boleh diubahsuai untuk ikan-ikan lain
yang sedap dikukus seperti ikan merah, ikan bawal dan lain-lain.


THE RECIPE:

1 batang serai - diketuk/ dihiris
Cili padi (jumlah terpulanglah)
Halia dan bawang putih - dihiris
2-3 daun limau purut (tiadapun tak mengapa) - dihiris
2 asam keping/ sedikit air asam jawa
2 sudu besar jus limau
Cendawan masin (jika ada) - dihiris
1 sudu teh gula
1 sudu besar sos ikan/ sos tiram
1/2 cawan stok ayam


Cara-cara:

1. Kelar ikan pada dua-dua bahagian (untuk consistency),
kukus dalam masa 10-20 minit (terpulang kepada saiz ikan).

2. Panaskan sedikit minyak, goreng bahan-bahan di atas dengan sedikit air
dan tuangkan pada ikan yang telah siap dikukus. Siap!

0 comments: