SEMERAH SAGA
SEBUNTING PADI
SEMANIS GULA
Masa untuk manisan kegemaran saya, PUDING KARAMEL!
Ia juga dkenali di kalangan masyarakat Melayu
sebagai Puding Gula Hangus. Oh lazatnya!
Saya ada resipi keluarga yang mudah tapi tak jumpa di mana letaknya.
Lalu saya mencuba resipi yang didapati dari laman MyResipi.
Resipi ini juga mudah, menjadi cantik dan sungguh enaknya!
Tapi tidak elok dimakan selalu jika anda seperti
Puan Ayin, mahu menjaga 'garis pinggang' anda. Ngeee.
THE RECIPE:
Bahan-bahan untuk Karamel:
5 sudu besar gula
2 sudu besar air
Cara-cara sediakan Karamel:
1. Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air.
Masak di atas api sederhana.
2. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air.
Masak sehingga perang. Jangan sampai hangus tau
(walaupun namanya puding gula hangus. Ironic? Huh)
3. Bila sudah jadi karamel (iaitu sudah cukup perang),
tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
Bahan-bahan untuk Puding:
400g/ 1 tin susu cair
5 sudu besar gula halus
3 biji telur
2 biji telur kuning
2-3 titik esen vanila
Cara-cara sediakan Puding:
1. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk.
2. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit.
Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
3. Dalam periuk lain panaskan sedikit susu dan esen vanila.
Tapi jangan sampai mendidih tau.
4. Masukkan susu yang masih panas sedikit demi sedikit
ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati.
Gabungkan mereka!
1. Tuang acuan Puding ke dalam loyang yang ada Karamel tadi.
2. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil.
3. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit.
4. Bila sudah masak, jangan buka aluminium foil.
Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
5. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais.
NOTA: Selain dikukus, Puding ini juga boleh dibakar
(Selalunya disediakan di Barat secara bakar).
Caranya: Letakkan air suam ke dalam dulang pembakar.
Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 darjah celcius.
Selamat mencuba, rakan-taulan!

2:37 AM
|
Labels:
Jalan-Jalan Cari Makan,
Malay Dessert
|
You can leave a response
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment