ACIDIC? NOT.


Semalam saya berhajat mahu menikmati Mee Goreng.
Tetapi terlebih dahulu menjalankan Ujian Asid Borik (yang diajar oleh
Abang Ipar, who is a chef) ke atas mee tersebut.

Lalu apabila mendapati ia mengandungi Asid Borik (more on the Test
at the end of this entry), saya bertukar kepada Mee Hoon
or more fondly known in Selatan as Mee Siam (kenapa, ya?)




Seperti biasa, resipi gaya saya mudah sahaja, kerana kebanyakan resipi yang diturunkan
oleh Ibu saya, adalah konsep "Campak Saja". Ngeee.


THE RECIPE:

Cili yang dikisar (atau jika malas, cili boh)
Chopped bawang besar dan bawang putih
Kicap lemak manis dan kicap masin
Sedikit asam jawa
Sos tomato
Lauk-pauk seperti udang/sotong/daging/ayam
Sayur of choice (selalunya sawi dan/atau tauge)
1 atau 2 kiub ayam
Gula dan garam

1. Tumis bebawang dan cili kisar sehingga pecah minyak
2. Masukkan gula dan air asam jawa. Tunggu pecah minyak.
3. Masukkan kiub ayam, sos tomato, kekicap.
4. Masukkan lauk-pauk.
5. Sedapkan dengan sedikit garam.
6. Akhir sekali masukkan sayur dan
mee hoon yang sudah ditos dengan air panas.


NOTA: Resipi ini boleh digunakan untuk mee kuning juga
tetapi bahan-bahan pemasin perlu dikurangkan
kerana selalunya mee kuning sudah masin.


Oh ya, Ujian Asid Borik: Masukkan mee kuning ke dalam air
yang sudah digaul dengan sedikit serbuk kunyit.
Jika mee kuning bertukar kepada warna merah sebegini:

Maka ada kandungan Asid Borik.
Sila buat laporan polis. Ngeee.

Berhati-hatilah!!!

0 comments: