DI HARI JUMAAT YANG DINGIN


Hari Jumaat yang hujan, dingin dan indah,
apa ya mahu makan tengah hari Jumaat ini?




Roti Swirly, Kari Ayam serta Kopi Tarik yang memanaskan!



Ini sebenarnya resipi Roti Jala tapi kerana saya tiada acuan Roti Jala
yang memungkinkan jala-jala tercipta, jadi saya menggunakan hujung plastik
yang ditebuk kecil, oleh itu masakan saya menjadi Roti Swirly :D

Nota: Atau anda boleh tebuk tin susu. Saya cuba, tapi gagal kerana
pengaliran keluar adunan roti jala tidak smooth)


THE RECIPE FOR ROTI JALA:

2 cawan air
2 cawan tepung gandum
2 biji telur
Sedikit kunyit supaya warna kuning
Sedikit garam
Sedikit susu cair/ pekat/ segar



THE RECIPE FOR KARI AYAM:

(Resipi untuk beberapa ketul ayam)

1 Bawang besar dan 2 bawang putih - tumbuk atau hiris nipis
Serbuk kari 2 s/b - cairkan dengan air membentuk paste
1 s/b cili kisar/ cili boh/ serbuk cili
1/2 cawan air asam jawa
1 cawan santan
Daun kari
Garam


1. Tumis bebawang, daun kari
2. Masukkan cili dan paste kari - tunggu pecah minyak
3. Masukkan air asam jawa dan garam - tunggu pecah minyak
4. Masukkan santan dan air
5. Masukkan ayam

1 comments:

Anonymous said...

Tips dari ibu saya:
Adunan roti jala itu dikisar saja dalam mesin pengisar. Hasilnya adunan tidak berbiji-biji. Dan ditambah sedikit minyak masak didalam adunan. Cubalah! :)